Selasa, 25 Mac 2014

ANAK ANUGERAH TERINDAH

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. 
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50). Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. 

BABY BOOOOO




SALAM!!!

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak
akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai.
Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang
jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu
sebarkanlah salam sesama kamu!"

(Riwayat Muslim)

kali ni ingin saya memetik hadith mengenai salam...orang mukmin seluruhnya adalah bersaudara...seperti Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara..."

jadi...adalah sepatutnya kita menebarkan salam kepada sesiapa pun orang mukmin sama ada yang kita kenal atau tidak kerana...hanya dengan menebarkan salam, ukhwah akan terjalin n timbul satu sifat saling cinta-mencintai sesama muslim...

dan perlu diingat...menjawab salam adalah wajib berbanding memberi salam...jadi pada sesiapa yang diberi salam kepadanya, wajiblah menjawab kembali...kenapa kedekut sangat nak mendoakan kesejahteraan kepada orang yang telah mendoakan kesejahteraan kita kan...

wallahua'lam...